Asfan Berhabis Ribuan Ringgit Beli, Kumpul Kasut Anak

11 November 2016. 11.47 AM
17,809
Hiburan
Asfan Berhabis Ribuan Ringgit Beli, Kumpul Kasut Anak
Penyanyi Asfan Shah atau nama sebenar Norasfan Shah Shah Rudin, 31, berhabis ribuan ringgit membeli dan mengumpul kasut untuk kedua-dua anaknya, Ali Haytham Shah dan Ali Wakeel Shah.

Menurutnya, ia adalah sebahagian daripada hobi dan satu kepuasan dapat melihat dua putera kesayangannya memakai kasut yang cantik dan berkualiti.

“Kebanyakan kasut yang saya beli memang harganya ada yang 'tinggi' sikit, tapi tak semua kasut saya beli mahal-mahal.

“Ada kasut yang murah dan cantik saya beli untuk mereka, saya tak fokus pada kasut mahal sahaja.

“Paling penting adalah kepuasan, ada rezeki lebih tak salah dikongsikan dengan anak-anak.

“Daripada berhabis benda yang bukan-bukan baik kita belanja untuk anak-anak, pahala pun dapat,” kata Asfan kepada Astro Gempak ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah Asfan lagi, dia tidak bercadang untuk menjual kasut-kasut tersebut.

Sebaliknya mahu  membuat bingkai yang boleh mempamerkan kasut-kasut tersebut dan digantung di dinding rumah.

“Saya tak terfikir untuk menjualnya, sebab sayang. Ada juga yang suruh saya jual sebagai barang 'pre-loved' tetapi saya tak mahu kerana mahu jadikannya koleksi.

"Lagipun ada antara kasut mereka yang 'limited edition'.

“Biarpun kasut tersebut sudah tidak muat untuk dipakai, saya akan bingkaikan untuk diadikan kenang-kenangan," ujarnya.

Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir 

 
 

Artikel Berkaitan


Komen