Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza telah memberikan kata-kata semangat kepada bintang Gegar Vaganza 3 (GV 3), Siti Sarah Raissuddin.

Siti telah meninggalkan komen pada sebuah video di Instagram (IG) Sarah, yang bakal menyanyikan lagu Purnama Merindu pada konsert Ahad ini.

Kata-kata semangat itu diberikan oleh Siti Nurhaliza di dalam komen berikut:

"@sitisarahrassuddin all the best dik u can do it!!!"

Sarah juga telah memuat naik paparan skrin komen yang diberikan oleh Siti Nurhaliza, menerusi entri yang berikutnya.

Menerusi entri tersebut, Sarah mengaku takut hendak menyanyikan lagu penyanyi tersohor tersebut kerana karakter nyanyiannya yang sangat kuat.

Namun dengan sokongan Siti Nurhaliza dia akan cuba melakukan yang termampu.

Berikut merupakan kapsyen yang dimuat naik:

"Sekali lagi @ctdk berjaya buat tasha kejung. Diantara lagu yg paling sarah takut nak nyanyi adalah lagu2 @ctdk .. Sebab karektor nyanyiannya yang sangat kuat.. Dengan sokongan @ctdk sarah akan cuba buat yg termampu.. Dan kepada @ctdk selamat bercuti ??? Aku meminta pada yg ada"

GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).

Konsert minggu kelima GV 3 bakal membawa tema HitsVaganza dan sembilan bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.

Teks oleh: Syafiqah Jalal