Penyanyi popular Lady Gaga menyertai demontrasi sebagai bantahan kepada kemenangan calon Republican, Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Gaga yang popular dengan lagu Poker Face itu menyertai demonstrasi bantahan di hadapan bangunan Trump, pagi semalam selepas jumlah undian Trump melebihi calon Democrat, Hillary Clinton.

Dalam demonstrasi tersebut, Gaga memegang sebuah sebuah papan tanda yang bertulis ‘Love Trumps Hate’ untuk menunjukkan protesnya.

Sebelum ini, Gaga merupakan penyokong kuat Clinton dan menunjukkan sokongan kepada Clinton menerusi laman sosial Twitter.

Selain itu, Gaga turut membantu Clinton dengan sama-sama turun padang untuk berkempen. Gaga sangat yakin dan berharap agar Clinton berjaya menjadi wanita pertama bergelar Presiden Amerika Syarikat.

Dalam masa yang sama, beribu penunjuk perasaan berhimpun di seluruh Amerika Syarikat untuk menyatakan protes terhadap pemilihan Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Trump memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat selepas melepasi 270 undi. Trump mendahului dengan 279 undi peringkat negeri manakala Clinton hanya memperoleh 228 undi.

Olahan oleh: Kamaruddin Razal
Sumber: MTV.com