Ribuan Peminat Membanjiri Rumah Shah Rukh Khan Ketika Hari Lahirnya

3 November 2016. 5.04 PM
57,671
Hiburan
Ribuan Peminat Membanjiri Rumah Shah Rukh Khan Ketika Hari Lahirnya

Aktor Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) terharu apabila melihat ribuan peminat hadir di hadapan rumahnya semata-mata untuk meraikan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-51, semalam.

Menurut sumber, peminat mula berkumpul di hadapan SRK sejak tengah malam Selasa sehingga semalam, untuk menanti kemunculan pelakon pujaan mereka itu.

Namun SRK tidak mengecewakan peminatnya dan beberapa kali keluar ke balkoni untuk menyapa mereka.

Malah menerusi akaun twitter semalam, SRK sempat berkongsi foto selfie bersama ribuan peminatnya itu.

Foto itu disertakan kapsyen yang menyatakan rasa terharunya terhadap sokongan tidak berbelah bahagi peminat kepadanya dan menghargai pengorbanan mereka:

"Kalaulah saya boleh terjun bersama kamu semua supaya kamu semua boleh membawaku pulang. Terima kasih untuk semua yang  datang dan membuat ulang tahunku jadi sangat istimewa. Saya sayangkan kamu semua."

Bukan setakat foto selfie, malah SRK sempat memuat naik video yang menunjukkan bagaimana riuhnya peminat yang hadir di hari ulang tahunnya.

Olahan oleh: Syafiqah Jalal

Sumber: The Indian Express


Artikel Berkaitan


Komen