Sudahlah Mabuk, Suruh Orang Lain Bayarkan Pula

3 November 2016. 5.34 PM
23,264
Hiburan
Sudahlah Mabuk, Suruh Orang Lain Bayarkan Pula

Mengucap panjang Miss K bila mendengar kisah yang disampaikan oleh rakan Miss K yang bernama Sheila Serigala ini.

Sheila yang memang terkenal dengan perangai kepochi menyampaikan berita kepada Miss K mengenai dua orang individu, seorang pelakon seksi dan seorang pengacara genit.

Pelakon yang memang terkenal dengan sikap liarnya ini mengikut seorang temannya ke sebuah negara jiran untuk berparti.

Apabila sampai di sana, pelakon ini pun meneruskan agenda utamanya. Ketika berada di sebuah kelab, pelakon ini bersama teman telah mabuk dengan jayanya.

Tiba-tiba, pelakon ini didatangi oleh seorang pengacara. Rupa-rupanya, pengacara itu pun turut berada di tempat yang sama dan mempunyai agenda yang serupa itu ingin memabukkan diri meneguk air kencing syaitan.

Tatkala malam menghampiri pagi, pengunjung kelab itu pun sudah mula beransur pulang. Dengan tidak malunya, pengacara genit yang hadir ke kelab tersebut bersama rakan yang lain menghampiri meja pelakon seksi itu.

Dengan selamba, pengacara itu meminta teman pelakon tersebut untuk membayarkan sekali minumannya bersama rakan-rakan lain. Alamak, sudahlah mabuk, suruh orang lain bayar pula tu!

Menurut Sheila, mereka ini dua kali lima je mereka ini. Harap-harap perbuatan yang kurang bermoral itu dihentikanlah ye. Baik daripada segi meneguk minuman memabukkan dan juga bermuka tebal suruh orang bayarkan.

Miss K: Jangan lupa saksikan episod akhir Suri Hati Mr Pilot malam ini, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di gossipmissk@gmail.com ya!


Artikel Berkaitan


Komen