Kumpulan K-Pop terkenal, GOT7 bakal hadir untuk mengadakan konsert GOT7 Flight Log: Turbulence in Malaysia 2017 pada 4 Disember depan.

Berita tersebut disambut gembira oleh IGOT7 (gelaran peminat) yang tidak sabar untuk melihat kehebatan idola mereka beraksi dipentas secara live.

Ini merupakan kedatangan kali kedua mereka di sini selepas acara GOT7 1st Fan Meeting in KL Mac 2015.

Imbas kembali acara tersebut, GOT7 yang dianggotai oleh tujuh anak muda berbakat iaitu Jae Bum (JB), Jinyoung (JR), Mark. Jackson, BamBam, Youngjae dan Yugyeom telah berjanji untuk kembali kerana terharu dengan sambutan yang diberikan oleh peminat di negara ini.

Tidak dinafikan selepas ‘perjanjian’ itu dibuat, kedatangan GOT7 sentiasa ditunggu-tunggu oleh peminatnya.

Walaupun sibuk, ternyata GOT7 berjaya menunaikan janji mereka untuk bertemu peminat Malaysia Disember depan.

GOT7 Flight Log: Turbulence in Malaysia 2016 ini akan diadakan bertempat di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 4 Disember 2016 (Ahad), jam 6.00 petang bersama IME Productions selaku penganjur.

Tiket-tiket konsert akan mula dijual pada Ahad, 6 November bertempat di Concourse, Tropicana City Mall bermula jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang.

Pembeli terawal akan mendapat poster edisi terhad yang hanya boleh didapati semasa hari pembelian tiket sahaja.

Jualan tiket online pula akan dibuka pada hari yang sama bermula jam 3.00 petang di TicketCharge, www.ticketcharge.com.my.

Harga-harga tiket adalah seperti berikut:

VVIP – RM680 (numbered seat)

VIP- RM550 (numbered seats)

Premium – RM350 (free standing)

Untuk maklumat lanjut sila layari facebook IME Asia.

Teks oleh: Mya Amri