Sungguhpun sibuk dengan jadual kerja yang padat, pasangan sama cantik sama padan, Amyra Rosli dan Amar Baharin sudah mula mengedarkan kad kahwin mereka sejak dua minggu lalu.

Amyra yang baru pulang dari Dubai menjalani penggambaran Isteri Tuan Ihsan bakal mengahiri zaman solonya pada 11 November ini.

Majlis persandingan disebelah pihak perempuan akan diadakan pada 12 November 2016 dan diakhiri dengan majlis persandingan sebelah Amar pada 19 November.

Menerusi kad yang dikirim ibunya Amira, Noor Zaridah Ahmad yang juga pengurusnya, majlis resepsi sebelah Amyra akan diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur dengan tema Black Glam.

Sementara itu majlis persandingan sebelah Amar pula akan diadakan di Ampang, bertemakan Tradisional.

Bagaimanapun, lokasi pernikahan masih belum diumumkan.

Amyra dan Amar sebelum ini telah melangsungkan majlis pertunangan secara tertutup pada 22 Julai lalu.

Teks Oleh: Hafiza Kamarudin