Pelakon Kim Jeong Hoon yang terkenal dengan watak Lee Yul dalam drama Princess Hours, dilaporkan bakal mengembangkan karier lakonannya di Hollywood.

Allkpop melaporkan, pengarah filem Pasific Rim 2 telah berminat untuk mengambil Kim Jeong Hoon untuk berlakon dalam filem itu.

"Pengarah sedang mecari seorang pelakon Korea untuk membintangi watak yang sesuai didalam filemnya.

"Namun sehingga kini mereka masih belum mengesahkan mengenai status pelakon tersbeut.

"Sehingga kini belum mengetahui tentang karakter yang bakal dibawa olehnya dalam filem tersebut," ujar sumber.

Terdahulu, Sebelum popular dengan Princess Hours, Kim pernah terlibat dengan drama God of War Xhao Yun, Her Legend, I Need Romance dan Dummy Mummy.

Olahan: Rozaimi Zubaidi

Sumber: Allkpop