Berat Badan Naik, Kibum Digelar Hamster Debab

3 November 2016. 8.05 PM
25,123
Hiburan
Berat Badan Naik, Kibum Digelar Hamster Debab

Bekas anggota kumpulan Super Junior, Kibum mengejutkan peminat apabila tampil dengan bentuk badan yang sedikit gempal.

Difahamkan, imej terbaru Kibum itu telah tersebar di laman media sosial China, Weibo selepas fotonya dirakamkan oleh peminat.

Menerusi foto tersebut, kelihatan Kibum yang memakai t-shirt berwarna hitam sedang berjalan dan kemudiannya berhenti untuk memberikan tanda tangan kepada beberapa peminat yang berada di lokasi tersebut.

Seakan-akan tidak mempedulikan imejnya, Kibum juga begitu sporting melayan karenah peminat dan tidak menolak untuk mengambil gambar bersama mereka.

Bagaimanapun foto itu kemudiannya menjadi viral dikalangan komuniti K-Pop seluruh dunia dan tidak dinafikan peminat Super Junior nyata terkejut dengan perubahan bentuk badan penyanyi tersebut.

Pelbagai reaksi yang diberikan oleh peminat dan ramai yang menyukai perubahan tersebut sehingga ada yang melabelkan Kibum sangat comel seperti seekor hamster yang debab.

Tidak kurang juga ada yang meminta supaya Kibum kembali menjaga penampilan dan mengurangkan sedikit berat badanya namun tidaklah terlalu kurus seperti bersama Super Junior suatu ketika dulu.

Terdahulu, Kibum telah lama menyepikan diri dari dunia seni selepas memutuskan untuk meninggalkan Super Junior dan agensinya, SM Entertainment sebaik saja kontrak tamat pada Ogos tahun lalu.

Teks Oleh: Mya Amri





Artikel Berkaitan


Komen