Sekali pandang, wajah Miss International 2016 dari Filipina saling tak tumpah wajahnya seperti pengacara dan pelakon Neelofa.

Kyle Verzosa atau nama sebenarnya Kylie Fausto Verzosa merupakan wanita cantik keenam yang telah dinobatkan sebagai Miss International.

Menerusi ruangan komen di Instagram Kyle Verzosa kebanyakan pengikut dan juga peminat pelakon Suri Hati Mr. Pilot itu berkata bahawa wajah Kyle Verzosa itu merupakan gambar Neelofa sebelum berhijab.

Wajah mereka juga dilihat hampir sama diantara satu sama lain.

Kepada para peminat Wardah jangan lupa untuk menyaksiakan drama bersiri adaptasi novel paling popular episod akhir, Suri Hati Mr. Pilot pada malam ini, pukul 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Di bawah merupakan beberapa keping foto Kyle Verzosa dan Neelofa:





Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Sumber : apeciter.com