Selalu Menyanyi Di Smule, Peminat Mohon Elyana Masuk GegarVaganza

4 November 2016. 12.10 PM
65,746
Hiburan
Selalu Menyanyi Di Smule, Peminat Mohon Elyana Masuk GegarVaganza

Peminat penyanyi Elyana memohon supaya artis kesayangan mereka itu menyertai program GegarVaganza, selepas melihat dia sering menyanyi di Smule.

Permintaan tersebut dilakukan pengikut Elyana menerusi ruangan komen di akaun Instagram (IG), selepas memuatnaik videonya menyanyikan lagu berjudul Masih Cinta nyanyian asal kumpulan Kotak.

Video yang dimuatnaik oleh Elyana pada Rabu itu telah menerima lebih 5,000 likes.

Antara komen yang diterima ialah:

@madams____ harap sgt kak @elyanaofficial masuk GV4 akan datang lama sangat tak dengar akak nyanyi 😍

@kakakjaws Really hope ure in the list of contestant for next GV. Suara paduu

@farinajwa @kakakjaws setujuuuuuuu.rindunyaaaa nak dengar @elyanaofficial nyanyi live atas pentas! :D

@cik_emilyana Next year Elyana masuk GegarVaganza tau...We will 4 u! Bestnye...Can’t wait!

Dalam pada itu, video-video nyanyian Elyana yang lain juga turut permintaan yang sama.

GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Konsert minggu keempat GV 3 bakal membawa tema DuetVaganza dan 10 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.

Teks oleh: Mya Amri





Artikel Berkaitan


Komen