Nabil Ahmad Mahu Anak Cukup Pendidikan Agama

4 November 2016. 3.52 PM
92,274
Hiburan
Nabil Ahmad Mahu Anak Cukup Pendidikan Agama
Pengacara Gegar Vaganza 3 (GV3), Nabil Ahmad mahu anak-anaknya diberikan cukup pendidikan agama sebelum fokus kepada perkara lain dalam hidup mereka.

Nabil memberitahu dia kini sedang sibuk mencari pra-sekolah yang berteraskan pendidikan Islam untuk puteri sulungnya, Naira Mikayla, 3, yang bakal memasuki pra sekolah pada tahun hadapan.

"Anak saya sekarang baru sahaja umur tiga tahun tetapi saya sudah merancang untuk menghantarnya ke pra sekolah bermula tahun hadapan.

"Saya mahu menghantarnya ke sekolah yang berteraskan pendidikan agama kerana bagi saya ia sangat penting. Jadi sekarang ini saya sedang mencari mana-mana sekolah yang terbaik untuk dia.

"Saya mahu dia pandai mengaji dan belajar al-Quran kerana ia teras hidup sebagai seorang muslim. Saya tidak mahu dia jadi macam saya dulu, dek kerana nakal saya tidak habis mengaji al-Quran," katanya kepada Astro Gempak ketika dihubungi.

Tambah Nabil lagi, dia Nabil dan isteri, Nazira Ayub sedang membuat beberapa persiapan untuk anak sulungnya itu sebelum memasuki pra sekolah.


"Sekarang ni, saya sudah mula menerapkan semangat belajar untuk ke sekolah. Saya sudah sediakan beg sekolah serta peralatan tulis dan biliknya juga sudah ada meja kerusi untuk dia belajar.

"Ibunya pula sudah mula mengajar dia mengenal ABC dan Alif Ba Ta supaya bila dia sekolah nanti tidaklah dia terkejut kerana sudah didedahkan pembelajaran ini lebih awal," katanya lagi.

Nabil yang ditemani Jihan Muse di dalam GV3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Teks oleh: Syafiqah Jalal

Artikel Berkaitan


Komen