Zulin Aziz Kurus Sebab Nak Cepat Dapat Jodoh?

4 November 2016. 4.20 PM
233,740
Hiburan
Zulin Aziz Kurus Sebab Nak Cepat Dapat Jodoh?

Pelakon Zulin Aziz diusik peminat selepas berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 10 kilogram.

Peminatnya mula mengusik sebaik saja melihat satu posting yang dimuatnaik oleh Zulin menerusi akaun Instagram (IG)nya semalam.

Imej yang dengan kiraan tahun bermula dari 2008 sehingga 2017 dengan ayat ‘single’ dan ‘hope for the best’ seakan-akan membuatkan Zulin seolah-olah memberikan ‘hint’ mengenai hasrat hatinya.

Lebih menarik lagi, kapsyen berbentuk gurauan yang ditulis oleh Zulin juga membuatkan peminatnya tertanya sama ada wanita ini sudah mempunyai jejaka pilihan atau tidak.

“Hahahaahhaha . Aku sangat ni 😂 sebab tu nak kuruih oiii” tulisnya.

Disebabkan kapsyen itu juga, ada yang mengusik supaya Zulin supaya dipertemukan jodoh dengan jejaka Korea memandangkan wanita itu sangat meminati seorang aktor negara tersebut iaitu Lee Min Ho.

Tidak kurang juga yang meminta Zulin bersabar dan mendoakannya supaya mendapat jodoh yang baik.

Dalam pada itu, Zulin yang sememangnya dikenali sebagai seorang yang peramah turut membalas komen peminatnya dan mengucapkan terima kasih atas doa yang diberikan.

Teks oleh: Mya Amri

Hahahaahhaha . Aku sangat ni 😂 sebab tu nak kuruih oiii

A photo posted by Zulin Aziz (@zulinaziz) on


Artikel Berkaitan


Komen