Ernie Zakri Guru Vokal Bintang GegarVaganza Siti Nordiana, Siti Sarah

4 November 2016. 4.40 PM
138,372
Hiburan
Ernie Zakri Guru Vokal Bintang GegarVaganza Siti Nordiana, Siti Sarah

Namun siapa sangka, pelantun suara Jangan Marah ini merupakan guru vokal kepada bintang GegarAmira Siti Nordiana dan Siti Sarah Raisuddin.

Selain Siti Nordiana dan Sarah, Ernie juga merupakan insan yang bertanggungjawab menggilap vokal bekas pelajar Akademi Fantasia, Amira Othman dan penyanyi Azza Elite.

“Saya pernah berputus asa apabila karier nyanyian tak menjadi selepas menjuarai Bintang RTM 2009, tetapi dua tahun lalu saya mengambil keputusan untuk menjadi guru vokal.

“Saya belajar bidang muzik dan hanya tahu bekerja dalam bidang ini. Mula-mula memang saya kurang yakin, namun alhamdulillah, saya juga mendapat ilmu sedikit demi sedikit sebagai pengajar.

“Apabila saya menganjurkan kelas vokal, saya tidak sangka Siti Nordiana, Sarah, Amira dan Azza sudi berkongsi ilmu dengan saya," katanya ketika ditemui Astro Gempak.

Menurut Ernie, tidak mudah untuknya berdiri kukuh sebagai penyanyi profesional sehingga mengubah haluan sebagai guru vokal.

Namun, namanya menjadi perhatian gara-gara populariti single terbaharu ciptaan DJ Fuzz dan kumpulan Viral, berjudul Jangan Marah.

“Selepas Jangan Marah hits di radio saya rasa seolah-olah kerjaya nyanyian saya kembali bersemarak.

“Saya menganggap semua itu sebagai rezeki. Saat diri saya berasakan tidak lagi mampu meraih perhatian ramai, lagu Jangan Marah pula menjadi kegemaran ramai.

"Mungkin inilah tuah saya, jadi saya akan terus mengajar vokal selain meneruskan aktiviti nyanyian," ujarnya.

Dalam perkembangan lain Ernie yang ketika ini menyambung pengajian pada peringkat Sarjana di Universiti Malaya juga sedang mengumpul material terbaru untuk single terbarunya bersama syarikat rakaman FMC Music.

Ernie juga sedang sibuk mempersiapkan diri untuk program terbaru Astro yang akan disiarkan tidak lama lagi.

Tesk Oleh: Hafiza Kamarudin
 
 


Artikel Berkaitan


Komen