Bintang GegarVaganza 3 (GV 3), Siti Sarah Raissuddin berkolaborasi dengan penyanyi kelahiran AF 2013, Indah Ruhaila.

Sarah yang memulakan kariernya sebagai seorang penyanyi menerusi album Sarah pada tahun 2002. Kali terakhir Sarah tampil dengan single berjudul Cinta Itu Nyawa bersama suaminya, Shuib Sepahtu pada tahun 2012.

Indah pula merupakan artis muda yang kian dikenali ramai. Popular dengan lagu hit Percayalah, Indah kini muncul dengan single terbaru yang berjudul Semua Untuk Cinta.

Berpadu suara menyampaikan lagu hit Sarah, Kesetiaan secara duet, aksi Sarah dan Indah boleh ditonton menerusi program Motif Viral baru-baru ini.


Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk melihat aksi mereka, layari www.gegarvaganza.com.my!

Jangan lupa saksikan Sarah yang bersaing merebut gelaran juara dalam GV 3. GV3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Dapatkan lebih banyak video dan babak eksklusif di laman web Astro Gempak. Dengan Digi Prepaid Live, anda boleh strim video setiap hari dengan 8GB internet percuma setiap bulan di rangkaian 4G Plus.

Teks oleh: Kamaruddin Razal