Penyanyi dangdut Indonesia Dewi Persik 30, bengang apabila Instagram (IG) miliknya telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menurut sumber, Dewi benar-benar marah kerana fotonya telah 'dibogelkan' penggodam tersebut.

“Dewi cukup geram dan marah, walaupun gambar itu sudah diedit, Dewi tetap merasakan maruahnya tercalar dan perkara tersebut cukup memalukannya.

“Malah dia pun tidak pasti apa niat penggodam tersebut terhadap dirinya, sehingga bertindak sedemikian.

“Ini pertama kali IG Dewi digodam dan berharap perkara ini tidak berlaku lagi,” kata Fany pengurus peribadi Dewi persik seperti dilaporkan portal kapanlagi.com.

Akaun IG Dewi sudah kembali normal tetapi dia masih menyiasat untuk mencari siapa dalang yang menggodam laman sosialnya itu.

Dewi sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila pergaduhannya di lokasi penggambaran dengan pelakon seksi Indonesia Julia Perez menjadi viral di laman sosial.

Dia juga kerap berlakon dalam filem-filem seram antaranya Susuk Pocong, Paku Kuntilanak dan Tali Pocong Perawan.


Olahan: Mohd Ishahrulddin Tahir

Sumber: Kapanlagi.com