Drama bersiri Suri Hati Mr Pilot sudah pun berakhir pada malam tadi (Khamis), namun pelakon utamanya Fattah Amin masih belum ‘move on’ dan berat untuk melepaskan Neelofa.

Neelofa telah memuatnaik sebuah video di laman Instagram (IG)nya pada malam semalam dengan kapyen “meminta " - so malam ni guysssssss!! love you soo much semua.

Menerusi entri tersebut, Neelofa merakam video mereka berdua untuk mempromosikan episod terakhir drama tersebut.

Fattah bagaimanapun seolah-olah tidak gembira apabila Neelofa memberitahu Suri Hati Mr Pilot sudah berakhir.

Secara spontan Fattah memandang tepat ke arah Neelofa dan bertanya: “tapi I boleh tengok muka u lagi kan?

Kata-kata Fattah menyebabkan Neelofa terdiam (mungkin malu), dan menghentikan rakaman selepas menyebut perkataan “meminta”.

Sementara itu, pengikut IG Neelofa masing-masing meninggalkan komen dengan hashtag #lofattah dan membuat kesimpulan, ketika berpandangan pasangan ini seperti ingin memberitahu "sesuatu" yang bermakna.

Video tersebut mendapat hampir setengah juta ‘views’ dan menerima 8 ribu komen daripada netizen yang rata-ratanya mahu percintaan Wardah dan Ejaz diteruskan di alam nyata.

Drama Suri Hati Mr Pilot juga turut menjadi trending world wide di Twitter sepanjang tayangannya di Astro Ria dan Ria HD dan kakal nombor satu sehingga episod terakhirnya semalam.

So Sweet! Jom tengok video di bawah:


@fattahaminz " meminta " so malam ni guysssssss !! love you soo much semua ?

A video posted by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on



Teks Oleh: Hafiza Kamarudin