Cerita mengenai kehidupan keluarga Michael Jackson merupakan sesuatu yang jarang didengar dan dikongsikan oleh masyarakat.

Liputan6.com melaporkan, dalam satu temubual yang dilakukan oleh The Los Angeles Times, anak kedua kepada penyanyi pop Michael Jackson, Prince Jackson telah berkongsi beberapa cerita menarik mengenai ayahnya.

Pemuda yang kini berumur 19 tahun itu telah bercerita mengenai kehidupan sebelum dan setelah Michael Jackson meninggal.

Prince berkata ayahnya selalu mengingati mereka supaya lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara dan jangan mudah untuk mempercayai orang.

"Jangan percaya siapapun. Meskipun perkara itu terdengar seperti teruk namun ia adalah perkara yang sentiasa diingatikan kepada kami sekeluarga.

"Hal ini terjadi kerana dia tidak mahu kami mempercayai orang sebarangan kerana kita tidak tahu apa niat seseorang itu terhadap kita.

"Ada banyak orang yang berinteraksi denganku dan saudara-saudaraku, hanya karena siapa kami," katanya.

Ditanya mengenai bagaimanakah mereka meneruskan hidup tanpa Michael, Prince berkata, cara terbaik adalah dengan menjaga nama Michael Jackson agar ia sentiasa hidup di hati-hati kami.