Demi Anak, Peminat Harap Perkahwinan Diana - Farid Boleh Diselamatkan

7 November 2016. 11.45 AM
33,165
Hiburan
Demi Anak, Peminat Harap Perkahwinan Diana - Farid Boleh Diselamatkan

Peminat dan pengikut laman sosial Instagram pelakon Diana Danielle dan Farid Kamil rata-rata berharap rumah tangga mereka dapat diselamatkan demi dua orang anak hasil perkongsian bersama.

Laman sosial pasangan itu dihujani komen yang kebanyakannya memberi kata-kata semangat serta nasihat mengenai rumah tangga mereka selepas ia dikhabarkan goyah oleh sebuah akbar kemarin.

Kebanyakan daripada komen itu menasihatkan agar mereka dapat menyelesaikan masalah rumah tangga mereka demi masa depan anak-anaknya yang masih kecil iaitu Muhammad, 3, dan Nur Aurora, 1.

Rumah tangga pelakon, Diana dan suaminya, Farid dikhuatiri goyah apabila aktres jelita itu dikatakan sudah mendapatkan nasihat peguam syariah.

Diana bagaimana pun mengaku hadir ke Mahkamah Syariah pada minggu lalu tetapi enggan menyatakan sebab utama dirinya berbuat demikian.

Pasangan ini berkahwin pada 3 November 2012.

Berikut komen-komen berkenaan:



Artikel Berkaitan


Komen