GV 3: Terasa Hati Dengan Komen Datuk Ramli MS, Elly Mazlein Tarik Diri

7 November 2016. 12.26 PM
186,821
Hiburan
GV 3: Terasa Hati Dengan Komen Datuk Ramli MS, Elly Mazlein Tarik Diri

Konsert keempat GegarVaganza 3 (GV 3) menyaksikan pengacara Jihan Muse dan Nabil Ahmad mengumumkan nama penyanyi Elly Mazlein sebagai bintang GV 3 yang tersingkir.

Di sebalik penyingkiran tersebut, Elly yang menyampaikan lagu Jangan Menangis Sayang telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada GV 3 kerana terasa hati dengan komen juri tetap, Datuk Ramli MS.

Menerima markah terendah berbanding sembilan bintang GV 3 yang lain, Datuk Ramli atau Tok Ram memberikan komen yang mengaitkan Elly dengan belas kasihan.

Luahan hati Elly itu dapat disaksikan menerusi sesi rakaman ‘live video’ di laman Facebook rasmi penaja program GV3, Sayang Sayang DSV.

“Saya terima apa yang Tok Ram katakan tetapi saya tak perlu simpati orang. Perkara yang lain saya boleh terima, tetapi saya tak boleh terima apabila dia katakan mengenai belas kasihan. Tak perlu rasanya dia katakan begitu.

“Jika dia kata mengenai vokal dan perkara lain, saya terima kerana saya tahu saya tak sempurna tetapi apabila dia berkata mengenai belas kasihan, itu saya rasa keterlaluan dan hati saya tidak boleh menerimanya,” kata Elly.

Berikut merupakan antara video luahan hati Elly mengenai keputusannya untuk menarik diri:







Teks oleh: Kamaruddin Razal

Foto: Instagram @mediahiburanofficial & @yusrimau

Video: Facebook Sayang-Sayang DSV


Artikel Berkaitan


Komen