Pelakon Bollywood Akshay Kumar 49, telah dianggap lucu oleh peminatnya kerana mengambil gambar selfie di dalam tandas.

Menurut laporan The Times of India, Akshay berkongsi gambar itu menerusi IGnya dari lokasi penggambaran filem terbaru Ek Prem Katha!

Gambar itu turut mendapat lebih 3,000 komen serta lebih 300 ribu likes.

“Selamat pagi dari Bhumi Pednekar dan juga set penggambaran tandas untuk filem Ek Prem Katha di hari pertama, doakan yang terbaik,” kata Akshay dalam IGnya itu.

Dalam pada itu, peminat turut mendoakan segala urusan kerjaya di lokasi penggambaran itu berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Malah ada juga peminatnya memberi komen akan terus menyokong karier lakonannya dalam industri filem Bollywood yang sudah bertahan hampir 29 tahun.