Harris Baba Ulang Alik Ke Sabah Demi Isteri Tersayang

7 November 2016. 4.00 PM
150,929
Hiburan
 Harris Baba Ulang Alik Ke Sabah Demi Isteri Tersayang

Penyanyi Harris Baba 25, sering berulang alik dari Kuala Lumpur (KL) ke Kota Kinabalu (KK), Sabah untuk bertemu isteri tersayang Nik Naziha Nawawi, 21.

Menurutnya, walaupun berasa agak rumit tapi dia lebih selesa habiskan masa bersama isteri sekiranya tiada urusan yang perlu di buat di KL.

“Dalam seminggu hampir kerap kali ulang alik menaiki pesawat bertemu dengan Naziha di KK.

“Sekiranya saya hanya ada urusan di KL sekadar satu hari, saya rela pulang semula ke sana pada hari yang sama.

“Ada yang bertanya kepada saya, tak penat ke? Tapi saya jawab tak penat, lagipun menghabiskan masa dengan isterikan lebih baik,” kata Harris ditemui Astro Gempak baru-baru ini.

Tambah Harris, dia pernah mengajak isterinya tinggal di KL tetapi agak sukar kerana Naziha banyak urusan yang perlu dibereskan di KK.

“Naziha memang jarang ikut saya ke KL, lagipun dia ada perniagaan yang perlu diuruskan dan agak sukar juga kalau dia tinggalkan kerjanya itu.

“Lagipun selalunya saya habiskan masa di KL sekitar tiga hari, selebihnya di KK.

“Jadi buat masa sekarang saya selesa dengan cara ulang alik begini dan mungkin akan diteruskan sehingga diperlukan,” ujarnya.


Artikel Berkaitan


Komen