Brad Pitt Tuntut Hak Penjagaan Anak Bersama

7 November 2016. 5.03 PM
32,661
Hiburan
Brad Pitt Tuntut Hak Penjagaan Anak Bersama

Brad Pitt meminta agar mahkamah turut memberikannya hak  untuk mengasuh dan mengurus enam orang anaknya.

Menurut laporan The Telegraph, Brad Pitt mengajukan permintaan baharu itu kepada hakim pada perbicaraan kes perceraiannya dengan Angelina Jolie.

Bagaimanapun, pihak mahkamah sedang dalam proses menyiasat tuduhan tindakan kekerasan yang dilakukan aktor itu terhadap anak-anaknya pertengahan September lalu.

Menurut laporan, aktor itu melakukan kekerasan kepada anak-anaknya itu ketika mereka dalam penerbangan dar Perancis.

Biarpun belum mendapat hak penjagaan, Angelina Jolie masih membenarkan lelaki itu melawat anak-anaknya pada masa yang ditetapkan.

Olahan oleh: Syafiqah Jalal

Sumber: The Telegraph

Artikel Berkaitan


Komen