Farhan Berinteraksi Dengan Bayi Sebelum Menyanyi Di Pentas

7 November 2016. 5.11 PM
53,992
Hiburan
 Farhan Berinteraksi Dengan Bayi Sebelum Menyanyi Di Pentas

Penyanyi Farhan Azizan akui sering mengusap perutnya meminta bayi dalam kandungan berada dalam keadaan baik sebelum dia mula menyanyi di atas pentas.

Farhan yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat (AF4) itu berkata dia masih memenuhi undangan nyanyian untuk majlis-majlis koporat dan persendirian walaupun usia kandungannya sudah memasuki lima bulan

"Saya selalu berkomuniskasi dengan bayi dalam kandungan kerana bagi saya itu cara saya dekat dengan dia.

"Jadi sebelum show saya suka untuk berinteraksi dengan dia.

"Cara saya berinteraksi dengan mengusap perut. Saya akan usap-usap perut dan beritahu supaya dia beri kerjasama seperti 'ibu nak kerja ni, nanti kita sama-sama nyanyi k'.

"Perasaan dan pengalaman bermakna yang tak dapat digambarkan bila bayi menendang beberapa kali ketika saya menyanyi di atas pentas seolah-olah ikut sama dalam persembahan saya," katanya kepada Astro Gempak ketika dihubungi.

Farhan hamil kali kedua selepas mengalami keguguran sebulan sebelum menyambut Ramadan baru-baru ini.

Bagaimana pun Farhan memberitahu dia telah meminta nasihat daripada doktor untuk dia terus menerima undangan nyanyian ketika hamil.

"Alhamdulilah sebenarnya rezeki undangan nyanyian saya semakin murah walapun saya sedang hamil.

"Namun saya sudah mendapatkan nasihat doktor dan katanya tidak menjadi masalah jika saya masih mahu menyanyi biarpun berbadan dua.

"Doktor kata ia satu terapi jika ibu dan anak dapat melakukan aktiviti yang digemari bersama, asalkan ia tidak membahayakannya.

Pasangan ini telah menanti hampir hampir dua tahun untuk cahaya mata pertama mereka setelah berkahwin pada 10 Oktober 2014.

Farhan dijangka bersalin pada Mac tahun hadapan.

Teks oleh: Syafiqah Jalal


Artikel Berkaitan


Komen