Tinggalkan Running Man, Gary Mohon Maaf Di Hadapan 1,000 Peminat

8 November 2016. 12.35 PM
114,627
Hiburan
Tinggalkan Running Man, Gary Mohon Maaf  Di Hadapan 1,000 Peminat
Bekas anggota Running Man, Gary Kang mengambil kesempatan untuk memohon maaf di hadapan lebih 1,000 orang peminat ketika berada di Taiwan.

Menurut laporan Soompi, Gary mengambil kesempatan itu ekoran keputusannya meninggalkan program Running Man bulan lalu.

Dia melakukan permohonan maaf tersebut ketika berada di Taiwan pada sesi bertemu peminatnya ketika mempromosikan pelancongan Korea di negara itu.

"Maafkan saya kerana tidak lagi bersama Running Man dan saya ingin berterima kasih di atas sokongan anda semua selama ini," katanya.

Dalam pada itu, Gary menjelaskan meskipun dia kini tidak bersama program popular itu namun hatinya masih bersama Running Man dan merasa sunyi tanpa kemeriahan kawan-kawan yang lain.

Terdahulu, Gary telah menjadi anggota Running Man sejak tahun 2010 dan penggambaran terakhirnya untuk program tersebut adalah pada 31 Oktober lalu.

Sementara itu, Gary berkata, dia kini sedang dalam proses merakamkan album terbaharunya.

Olahan: Rozaimi Zubaidi

Sumber: Soompi






Artikel Berkaitan


Komen