Park Shin Hye Suka Bunga Raya, Kongsi Tips Kecantikan

8 November 2016. 12.52 PM
30,214
Hiburan
Park Shin Hye Suka Bunga Raya, Kongsi Tips Kecantikan

Pelakon terkenal Park Shin Hye mendedahkan tips penjagaan kulit yang diamalkan supaya sentiasa kelihatan cantik.

Pelakon berusia 26 tahun ini berkongsi tips tersebut ketika hadir ke Malaysia untuk pelancaran kosmetik Mamonde pada Oktober lalu.

Menurut Park Shin Hye atau lebih mesra dengan panggilan Shin Hye ini dia hanya menggunakan pelembab untuk memastikan kulit wajahnya tidak kering dan kusam.

“Sebenarnya saya tidaklah mempunyai apa-apa rahsia mengenai kecantikan wajah cuma saya sentiasa pastikan kulit saya tidak kering.

“Kulit yang lembab sangat penting untuk membuatkan kulit anda sentiasa nampak cantik. Kalau tidak wajah akan kelihatan tidak berseri dan kusam,” katanya.

Selain itu, Shin Hye juga amat menyukai produk Mamonde yang menggunakan gabungan bunga-bungaan terutamanya bunga Raya.

“Saya merupakan duta produk kecantikan ini sejak tahun 2014 dan apa yang paling saya suka dengan produk ini kerana ia dihasilkan daripada gabungan bunga-bungaan.

“Terutamanya bunga raya yang menjadi salah satu haruman di dalam produk ini. Apa yang saya dapat katakan baunya sangat wangi dan bila dipakai, bau tersebut boleh membuatkan anda rasa lebih rilex,” ujarnya.

Dalam pada itu, berkongsi mengenai lakonannya dalam drama bersiri Doctors, aktres cantik ini memberitahu dia berterima kasih kepada peminat kerana menyukai drama lakonannya.

“Saya tak sangka dan terharu dengan sambutan yang diberikan oleh peminat terhadap drama tersebut

“Terima kasih atas sokongan anda semua dan saya berjanji akan melakukan yang terbaik untuk drama seterusnya,” katanya pendek.

Park Shin Hye merupakan pelakon utama dalam drama tersebut disamping aktor Kim Rae Won.

Kepada peminat jangan lupa saksikan drama Doctors, setiap Ahad, jam 12.45 petang di ONE HD (saluran 393).

Drama tersebut juga ditayangkan secara dua episod berturut-turut bermula 30 Oktober lalu.

Teks oleh: Mya Amri





Artikel Berkaitan