Syamel Nafi Lagu Lebih Sempura Ada Kaitan Dengan Kisah Hidupnya

8 November 2016. 3.24 PM
13,905
Hiburan
Syamel Nafi Lagu Lebih Sempura Ada Kaitan Dengan Kisah Hidupnya

Penyanyi Syamel atau nama sebenar Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 23, menafikan lagu terbaru Lebih Sempurna ada kaitan dengan kisah hidupnya.

Menurutnya, lagu itu dicipta berdasarkan kehidupan sekeliling yang menjadi pencetus ilham untuk dirinya berkarya dalam bidang nyanyian.

“Ramai orang yang sudah mendengar lagu ini meneka yang lirik lagu Lebih Sempurna adalah tentang hidup saya.

"Tidak ada kena mengena sebenarnya dan Lebih Sempurna adalah kesinambungan Hidup Dalam Mati.

“Lagu baru saya ini ditujukan khas buat mereka yang sukar untuk melupakan kisah lalu," kata Syamel yang ditemui Astro Gempak baru-baru ini.

Menyentuh tentang kerjayanya, menurut Syamel, dia bersyukur dengan rezeki yang diberikan-Nya dan akan sentiasa fokus untuk memastikan bakat seninya pergi lebih jauh.

“Mula-mula dahulu saya risau juga kalau-kalau tidak tidak mempunyai ruang dan peluang untuk bertapak dalam bidang ini.

“Tetapi berkat doa ibu-bapa, rakan-rakan serta peminat, langkah saya dalam industri dipermudahkan setakat ini.

“Apa-apa pun saya masih budak baru belajar, banyak perkara lain yang perlu saya pelajari terutama daripada penyanyi-penyanyi senior,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Syamel juga bakal terlibat dengan program terbaru terbitan Astro, Duo Star yang akan disiarkan tidak lama lagi.

 

Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir


Artikel Berkaitan


Komen