Ulang-Alik Ke Klinik Sakit Puan, Bipasha Basu Nafi Hamil

8 November 2016. 6.47 PM
25,985
Hiburan
Ulang-Alik Ke Klinik Sakit Puan, Bipasha Basu Nafi Hamil

Pelakon Bollywood Bipasha Basu, 37, menafikan khabar angin dirinya hamil.

Khabar angin mula tersebar apabila ada pihak ternampak Bipasha beberapa kali ke klinik sakit puan untuk menerima rawatan.

“Maaf saya tidak hamil dan enggan mengulas lanjut mengenai khabar angin itu.

“Tapi saya tetap gembira dengan sahabat saya, Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

“Saya masih meneruskan kehidupan seperti biasa dan fokus dengan kerjaya saya sebagai pelakon,” kata Bipasha kepada portal The Times of India baru-baru ini.

Bipasha telah mendirikan rumahtangga bersama suami tercinta Karan Singh Grover dan juga seorang model pada Mei lalu.

Pasangan ini juga pernah berbulan madu di Bali Indonesia dan berkongsi gambar percutian di Instagram.


Olahan: Mohd Ishahrulddin Tahir

Sumber: The Times of India





 


Artikel Berkaitan


Komen