Neelofa Seorang Yang Fun, Senang Bekerja Dengan Dia - Fattah Amin

9 November 2016. 12.30 PM
132,061
Hiburan
Neelofa Seorang Yang Fun, Senang Bekerja Dengan Dia - Fattah Amin

Pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot, Fattah Amin akui serasi bersama aktres Neelofa.

Menurut Fattah, keserasian itu wujud secara semulajadi ketika melakonkan watak sebagai Ejaz dan Warda dalam drama berkenaan.

“Sebenarnya kami sendiri pun tak sangka keserasian yang diwujudkan dalam lakonan boleh jadi sebagus ini.

“Sebelum masuk set penggambaran, kami banyak berbincang dan rancang apa yang perlu kami lakukan untuk babak-babak seterusnya.

"Mungkin disebabkan perkara ini membuatkan kami nampak tidak kekok ketika berlakon.

“Neelofa seorang yang sangat ‘fun’ dan secara jujurnya saya senang bekerja dengan Lofa. Dia juga banyak membantu saya dalam menjayakan watak ini, tanpa Warda tiadalah Ejaz,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu mengulas mengenai drama tersebut, Fattah memberitahu dia bersyukur kerana mendapat reaksi positif daripada penonton.

“Saya terima tawaran untuk berlakon drama ini kerana jalan ceritanya menarik dan bila dapat tahu drama ini popular saya rasa gembira.

“Kerana perkara yang berlaku ini diluar jangkaan kami, saya berterima kasih kepada semua peminat yang menonton drama tersebut.

“Terima kasih juga pada pengarah Michael Ang kerana beri kepercayaan kepada saya untuk bawa watak Ejaz,” ujarnya.

Teks oleh: Mya Amri





Artikel Berkaitan


Komen