Aepul Drama Band Belum Bersedia Hantar Anak Kepada Pengasuh

9 November 2016. 12.41 PM
55,363
Hiburan
Aepul Drama Band Belum Bersedia Hantar Anak Kepada Pengasuh

Vokalis Drama Band Aepul atau nama sebenar Noorsyaiful Md Zalaludin, 28, mengakui belum bersedia untuk menghantar anaknya kepada pengasuh.

Menurut bapa kepada Nur Saffiya Alisha, 7 bulan, kebiasaannya dia akan meminta ahli keluarga untuk menjaga anaknya jika dia dan isteri mempunyai urusan kerja kerana kurang percaya kepada pengasuh lain.

"Kurang percaya kepada pengasuh bukan bererti saya trauma atau pun anti, tapi belum bersedia untuk mengunakan khidmat mereka menjaga anak saya.

“Kadang-kadang kalau ibu atau mertua saya ada hal dan tak dapat jaga Alisha, saya akan bawa dia dan ibunya sekali ke tempat kerja.

“Biasanya Alisha dijaga oleh Leez, lagipun urusan kerja saya tidak mengambil masa yang lama.

“Selalunya saya akan bawa mereka sekali kerana kasihan nak tinggalkan dua beranak itu lama-lama. Sekurang-kurangnya Leez boleh hilangkan rasa bosan dia bila ikut sekali," kata Aepul kepada Astro Gempak.

Tambah Aepul lagi, selepas dikurniakan cahaya mata sulung, kehidupannya semakin lengkap dan bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh-Nya.

“Dulu saya hanya jaga diri sendiri, tetapi sekarang ini lepas dah bernikah dengan Leez dan dikurniakan anak, saya rasa sangat lain.

“Saya mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan kehidupan isteri dan anak berada dalam keadaan selamat dan selesa.

“Apa-apa pun Leez dan Alisha adalah permata hati serta pendorong yang memberi semangat kepada saya sehingga ke hari ini," ujarnya.

Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir 


Artikel Berkaitan


Komen