Seperti sedia maklum, pelakon Nora Danish kini sedang bercuti di Korea Selatan sejak Jumaat lalu.

Nora juga telah berkongsi beberapa foto menarik melalui akaun Instagram (IG)nya.

Bagaimanapun, satu foto dengan kapsyen ringkas berbunyi ‘meeting’ dengan hashtag #NDatwork, #Korea, #songjihyo, #comingsoon dan #product telah membuatkan pengikut IGnya teruja.

Disebabkan kapsyen tersebut pengikut IG membuat spekulasi bahawa artis kesayangan mereka ini mempunyai satu projek khas bersama Ji Hyo.

Selain memiliki wajah seiras anggota wanita Running Man itu, gaya rambut dan fesyen Nora ketika berada di negara berkenaan juga mula menjadi perhatian.

Perkara itu juga membuatkan pengikut IG mula mengusik dan mencadangkan supaya Nora bertemu dengan Ji Hyo yang dianggap sebagai ‘kembarnya’.

Antara komen yang diterima oleh Nora ialah:

@mieucop: Tak ada ke orang Korea mintak selfie dengan @noradanish ?? Sebab muka iras2 Song Ji Hyo.. Hihihi

@imxn.dania: Eh, kat Korea ? Nanti jalan-jalan terjumpa Ji Hyo. Ji Hyo yang teruja nanti sebab ade kembar dia @noradanish hahaaa

@pypypynaaa: @noradanish cari Song Ji Hyo. Selfie dengan dia sebab muka sama.

@qylannuar: Jumpa Song Ji Hyo tak ? Your twins?

@feefatin: Korea? Ada tak orang Korea tegur panggil Kak Nora Ji Hyo? Haha

Teks oleh: Mya Amri

Meeting. #NDatwork #korea #songjihyo #comingsoon #product

A photo posted by Nora Danish (@noradanish) on

Pwetty koreans. #NDatwork #korea #comingsoon #product

A photo posted by Nora Danish (@noradanish) on

Walking around Myeong Dong street with my business partner. #NDatwork #korea #gangnam #mcmworldwide #meliumpr

A photo posted by Nora Danish (@noradanish) on