Marah Belum Habis, Netizen Cabar Ogy Sertai GV 4

9 November 2016. 4.15 PM
171,880
Hiburan
Marah Belum Habis, Netizen Cabar Ogy Sertai GV 4

Kemarahan pengguna laman sosial terhadap Ogy Ahmad Daud belum reda dan menganggap pelakon dan pengarah popular itu tidak profesional.

Netizen mendakwa Ogy telah mengeluarkan kenyataan tidak relevan kepada sebuah akhbar tentang bekas bintang Gegar Vaganza 3 (GV 3), Elly Mazlein yang telah tersingkir pada Ahad lalu.

Kebanyakan mereka berpendapat Ogy tidak sepatutnya mengungkit kisah lama Elly yang pernah berlakon dalam drama arahannya.

Mereka juga telah mencabar Ogy untuk menyertai GV musim keempat dan mahu melihat sendiri bakat dimilikinya.

Penyokong dan pengikut pelantun suara Bungaku Bakawali itu juga tidak bersetuju dengan kenyataan Ogy yang menyebut Elly bukanlah sesiapa dalam industri muzik untuk terus diberikan perhatian.

Sementara itu di Harian Metro semalam, Ogy menegaskan tidak terjejas dengan setiap komen negatif yang dilemparkan netizen, sebaliknya simpati melihat ketaksuban mereka mempertahankan penyanyi itu.

Katanya lagi, dia tidak suka melayan komen-komen pengikut yang mindanya tidak merdeka dan hanya akan bercakap dengan individu yang mempunyai akal fikiran.

Sementara itu, Elly ketika dihubungi berkata, dia tidak berkecil hati dengan gelaran ‘drama queen’ yang diberikan Ogy itu.

“Saya terima gelaran itu dan tidak marah dengan kenyataan yang diberikan. Saya menghormatinya kerana cukup berpengalaman dalam dunia hiburan tanah air,” katanya.

GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).

Konsert minggu kelima GV 3 bakal membawa tema HitsVaganza dan sembilan bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> 

GegarVaganza

Kredit foto (Elly Mazlein) : Malaysia Gazette




Artikel Berkaitan


Komen