Chris Hemsworth Tak Restu Hubungan Miley Cyrus Dengan Adiknya

9 November 2016. 6.00 PM
72,163
Hiburan
Chris Hemsworth Tak Restu Hubungan Miley Cyrus Dengan Adiknya
Pelakon superhero Thor, Chris Hemsworth dikatakan tidak setuju dengan hubungan adiknya, Liam Hemsworth dan penyanyi Miley Cyrus yang kini sudah bercinta semula.

Miley Cyrus baru-baru ini mengaku dia kini sudah kembali bertunang dengan Liam Hemsworth selepas dilaporkan sudah putus hubungan.

Biarpun mendapat sokongan daripada peminat-peminatnya, namun sebagai abang Chris dikatakan tidak setuju dengan hubungan yang bertaut semula itu.

Seperti dipetik Daily Mail, Chris tidak yakin wanita tersebut benar-benar ingin kembali bersama adiknya dan bersedia untuk berkahwin.

"Miley menunjukkan sikap seperti sudah bersedia untuk berkahwin, tapi Chris tidak yakin wanita itu mampu menjadi isteri yang baik kepada Liam," kata sumber.

Menurut sumber lagi, Chris bimbang wanita itu sekali lagi menyakiti hati adiknya yang benar-benar cintakan Miley.

Olahan oleh: Syafiqah Jalal
Sumber: Daily Mail





Artikel Berkaitan


Komen