Tidak pandai menguruskan anak antara faktor Mariah Carey ditinggalkan ahli perniagaan Australia, James Packer, 48.

Menurut laporan Dailymail, perpisahan yang terjadi antara mereka adalah disebabkan kecuaian Maria dalam menguruskan anak.

"Maria dilihat tidak pandai menguruskan anak kerana dia sering sibuk dengan kerjayanya.

"James juga dikatakan tidak tahan dengan kenakalan anak kembarnya itu dan merasaka mereka lebih nakal berbanding dengan tiga anaknya dengan isteri sebelum ini, Erica.

"Dia (James) tidak dapat mengawal anak-anaknya, mereka cukup nakal jika dibandingkan ketiga anaknya yang tinggal bersama Erica yang merupakan seorang ibu yang luar biasa," kata sumber.

Dalam pada itu sumber lain berkata, punca perpisahan itu disebabkan Mariah dikatakan terlalu taksub dengan program realiti televisyennya iaitu Mariah’s Worlds.

Mereka telah bertunang pada Januari lalu dan memutuskan pertunangan pada Oktober lalu akibat dikatakan sudah tidak mempunyai persefahaman.


Olahan Oleh: Rozaimi Zubaidi

Sumber: DailyMail