Ili Sulaiman Terkejut Orang Vietnam Kuat Makan Ulam

10 November 2016. 12.01 PM
24,147
Gaya Hidup
Ili Sulaiman Terkejut Orang Vietnam Kuat Makan Ulam

Chef selebriti Ili Sulaiman atau nama sebenar Ili Khalisah Sulaiman, 31, terkejut dengan cara pemakanan orang Vietnam yang kuat makan ulam-ulaman.

Menurutnya, ulam-ulaman yang mereka makan itu berbeza dengan ulaman tempatan dan rasanya amat unik dan sedap.

“Setiap kali makan terutama makan tengah hari, ulam-ulaman yang orang Vietnam makan lebih banyak daripada lauk-pauk.

“Mereka lebih kepada makan makanan yang berkuah agar lebih sedap dan digaul sekali di dalam lauk hidangan itu.

“Saya nak menyebutkan nama ulam itu pun saya dah lupa sebab terlalu banyak, patutlah saya lihat orang di sana kuat dan bertenaga, sebab suka sangat makan ulam,” seloroh Ili kepada Astro Gempak di Majlis Pelancaran Program Masakan Terbaru The Sea With Ili, di Cooking House Bangsar baru-baru ini.

Menyentuh mengenai program barunya itu, Ili begitu teruja dan kagum sekali dengan keunikan makanan laut di sekitar negara ASEAN.

Malah memberikan dia idea untuk memperbaiki dan menambah lagi menu masakan untuk program-program yang akan datang.

“Selain berpeluang menerokai cerita-cerita di sebalik masakan yang enak di setiap bandar, saya juga berpeluang untuk merasai masakan itu.

“Apa yang paling mengembirakan saya sewaktu penggambaran rancangan ini adalah dapat bertemu dan melihat kemesraan dan keikhlasan nelayan tempatan, penjaja jalanan dan juga tukang masak,” ujarnya dengan panjang lebar.

The Sea with Ili telah menjelalah tiga buah negara iaitu Vietnam, Thailand dan Malaysia dan akan disiarkan pada 10 November ini jam 10 malam hanya di saluran AFC (703). 

Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir






Artikel Berkaitan