Perunding kesihatan, pemakanan dan kecergasan Kevin Zahri akui berasa risau terhadap kesihatan diri pelajar #AF2015 Bila yang agak sukar untuk menurunkan berat badan sepanjang berada di dalam Akademi.

Ini berikutan penyediaan pelbagai jenis makanan enak yang terdapat di dalam akademi tersebut sehingga menyukarkan Bila untuk menjalani diet seimbang.

Bagaimanapun, Kevin Zahri yakin bahawa Bila mampu untuk mengurangkan berat badannya selepas tamat pengajian di Akademi nanti dengan bantuan pakar diet.

“Saya mohon jangan salah anggap dengan pendapat saya mengenai Bila.Saya memahami situasi dalam akademi yang dilimpahi pelbagai jenis makanan serta juadah yang enak.

“Saya juga difahamkan, ada juga pelajar yag naik berat badan dek kerana ‘too much eat’. Tetapi bagi saya, setiap orang ada cara dan pendirian masing-masing.

“Untuk mengurangkan berat badan itu, tidak boleh turun dalam masa yang singkat. Ia memerlukan komitmen, displin serta kemahuan yang tinggi untuk mencapai BMI yang ideal,” kata Kevin seperti yang dilapor Portal Murai.

Dalam pada itu, Kevin juga terlibat dalam program Astro Bella Jom Kurus Cabaran 30 Hari yang akan ditayangkan bermula pada 4 Oktober depan di Astro Bella (saluran 133) dan Mustika HD (saluran 134).

Sumber: Portal Murai