Aktor Aamir Khan dilaporkan mengalami masalah kesihatan yang serius selepas berat badannya naik secara mendadak sewaktu menjalani penggambaran filem terbarunya berjudul Dangal.

Menurut sumber terdekat Aamir Khan, berat badannya naik mendadak sebanyak 35 kilogram dan menyukarkan dirinyha untuk bernafas selain menganggu kegiatan sehariannya.

"Kerana pertambahan berat badannya secaa mendadak, Aamir kini mengalami masalah dengan sistem pernafasannya di mana sukar untuk bernafas dengan betul. Pergerakannya Aamir turut semakin lambat malah lebih teruk dia menghadapi masalah berdiri dan duduk secara normal,” ujar sumber terdekat Aamir Khan.

Jelas sumber tersebut lagi, Aamir Khan masih turut berdepan masalah kesihatan yang lebih bahaya kerana cuba menurunkan berat badannya dalam masa tiga bulan demi menjiwai watak yang dipegangnya.

"Berat badan Aamir Khan yang terkini adalah sebanyak 95 kilogram kerana karakter yang perlu dijayakannya adalah dalam lingkungan usia 45 ke 55 tahun.

“Selepas itu, dia diberi masa 3 bulan untuk menurunkan semula berat badannya sehingga tampak kurus bagi membawakan wataknya sewaktu berusia 25 hingga 27 tahun pula. Penurunan berta badan secara drastik sebenarnya tidak disarankan kerana boleh mendatangkan bahaya.

“Namun itu adalah pilihan Aamir kerana komitmennya untuk menjayakan watak yang dipegang olehnya,” jelas sumber Aamir lagi.

Filem Dangal arahan Nitesh Niwari mengisahkan seorang bapa lakonan Aamir Khan melatih anak perempuannya dalam sukan gusti sehingga berjaya memenangi pingat emas di Sukan Komanwel 2010.