Bekas Suami Nekad Dedah Video Lucah Jennifer Lopez Kepada Umum

30 September 2015. 5.01 PM
9,564
Bekas Suami Nekad Dedah Video Lucah Jennifer Lopez Kepada Umum

Setelah membelanjakan jutaan ringgit wang guaman untuk memastikan video panasnya tidak tersebar kepada pihak umum, kini Diva Pop Dunia, Jennifer Lopez sudah tidak dapat berbuat apa-apa lagi kerana video tersebut akhirnya bakal didedahkan tidak lama lagi.

Video terlampau yang dirakamkan sendiri oleh bekas suami pertamanya, Ojani Noa itu menampilkan aksi 'panas' mereka sewaktu sedang menikmati bulan madu. 

Dalam waktu yang sama, video tersebut turut diselitkan dengan pelbagai rakaman kontroversi termasuk pertengkaran J. Lo dengan ibunya, Guadalupe tentang masalah judi wanita tua itu. 

Menurut rakan niaga Ojani, Ed Meyer, dia merancang untuk mendedahkan video tersebut selepas keputusan mengenai satu tindakan undang-undang yang mereka hadapi menemui menemui jalan buntu.

“Kami bakal terbitkan sebuah DVD yang mana ia bakal memaparkan J. LO dalam keadaan tanpa seurat benang berserta rakaman hubungan seksual J. LO dengan Ojani terutama di dalam sebuah hotel sewaktu mereka sedang berbulan madu. Video ini dan ia juga boleh ditonton menerusi versi online. 

“Apa yang pasti pendedahan tersebut akan memberi kejutan hebat buat peminat setia J. LO,” dedah Ed Meyer kepada majalah In Touch.

Pada tahun 2006, Jennifer Lopez telah mengambil tindakan undang-undang ke atas Ojani Noa yang dilaporkan cuba menyebarkan video yang memaparkan kisah peribadi mereka  kepada umum selepas mereka hanya mampu bertahan selama setahun.

Walau bagaimanapun Meyer dan Ojani telah menemui bukti yang mampu melemahkan dakwaan yang cuba dikenakan Jennifer Lopez terhadap mereka di mahkamah.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber: In Touch Weekly, Mirror UK


Artikel Berkaitan


Komen