Aktor Kamal Adli menafikan dakwaan yang mengatakan dia melangsungkan pernikahan dengan pelakon Emma Maembong.

Isu tersebut hangat diperkatakan selepas tersebarnya sekeping foto ‘perkahwinan’ mereka tersebar dan menjadi viral di internet beberapa hari lalu.

Menurut laporan Harian Metro, Kamal menjelaskan foto tersebut adalah salah satu babak perkahwinan dalam sebuah drama lakonannya bersama Emma.

Malah dia juga mengakui sudah memuat naik gambar itu di Instagram agak lama dan tidak sangka baru sekarang ia menjadi viral.

“Tak sangka pula baru sekarang ia diperkatakan hingga menjadi viral. Pelik juga apabila ada yang mempercayainya," katanya.


Foto Kamal Adli dan Emma Maembong yang menjadi viral.

Bagaimanapun, pelakon berusia 29 tahun ini tidak cepat melatah dengan spekulasi tersebut sebaliknya meminta peminat supaya lebih sensitif dan menghormati hak orang lain.

“Kalau betul kami berkahwin, bukan dengan cara itu. Perkara baik takkan nak sorok. Apa pun, setiap kata-kata peminat saya anggap satu doa.

“Kalau ada jodoh antara kami, saya tak menolak kerana itu adalah ketentuan Allah SWT," katanya.

Terdahulu, gambar mereka lengkap dengan persalinan perkahwinan yang memaparkan Emma bersalam dan mengucup tangan Kamal itu dimuat naik pihak tertentu di Internet kononnya mereka bernikah pada 27 September lalu di Terengganu.

Walaupun tidak pernah membuat pengakuan dia bercinta dengan Emma, Kamal tidak menolak sekirannya dia ada jodoh dengan Emma

Susunan: Mya Amri

Sumber : Harian Metro