Disebabkan kualiti persembahan yang kurang memuaskan, pelajar #AF2015 Syamel yang hampir tersingkir dalam konsert minggu kelapan pada Ahad lalu telah tampil memohon maaf di atas kelalaiannya itu.

“Saya akui persembahan saya tidak begitu baik sewaktu konsert suku akhir dan saya minta maaf kerana tidak berjaya mencapai ‘expectation’seperti yang diharapkan,” katanya menerusi Diari #AF2015.

Malah Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly bersyukur kerana masih diberi peluang kedua untuk meneruskan perjuangan di konsert separuh akhir Ahad ini.

“Terima kasih kepada Dato’ Ramli kerana memberikan saya peluang kedua untuk kembali beraksi merebut tempat ke peringkat akhir #AF2015.

“Saya tak akan sia-siakan peluang ini dan berusaha dan berikan yang terbaik untuk konsert nanti.” ujarnya.

Untuk konsert separuh akhir, Syamel akan menyampaikan lagu berjudul ‘Cinta Yang Sempurna’ nyanyian asal oleh Qanda.

Manakala untuk persembahan duet, Syamel akan menyanyikan lagu ‘In Love With You’ bersama penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 5, Aizat Amdan.

Saksikan Diari #AF2015 pula akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.00 malam.

#AF2015 akan bersiaran secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Untuk menyaksikan video eksklusif persembahan pelajar #AF2015, sila layari www.af.com.my.

Terlepas aksi #AF2015?

Muat turun aplikasi Astro on the Go di www.astroonthego.com, kemudian anda boleh saksikan bintang #AF2015 kegemaran anda di mana bila-bila masa dan di mana sahaja.

Jangan lupa juga untuk menyertai MV Lip Sync dan berpeluang untuk memenangi telefon pintar. Muat turun aplikasi MV Lip Sync di App Store dan Google Play Store secara percuma.