Impak Polis Evo Sehingga Tersenarai Di Carian Google Malaysia

2 Oktober 2015. 3.13 PM
5,284
Filem
Impak Polis Evo Sehingga Tersenarai Di Carian Google Malaysia

Filem Polis Evo lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak terus memberi impak kepada rakyat Malaysia apabila berada dalam 10 carian terbanyak di Google Malaysia.

Menurut laporan Astro Awani, filem yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar itu kini berada di tangga ketujuh untuk 10 Topik yang di “Google” rakyat Malaysia bagi bulan September.

Antara faktor yang menyumbang kepada populariti Polis Evo di carian Google ialah ‘Word of Mouth’ di kalangan penggemar filem-filem tempatan mahupun selebriti tanah air yang memuji kehebatan filem tersebut di media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

Secara tidak langsung, ianya memberi peluang kepada umum untuk terus membuat carian lebih informasi mengenai filem Polis Evo di carian Google Malaysia.

Lebih mengukuhkan lagi teori tersebut apabila baru-baru ini filem aksi komedi ini telah meraih kutipan sebanyak RM8 juta dalam tempoh 11 hari ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Polis Evo merupakan filem bergenre aksi dan ia memaparkan kisah dua anggota polis, Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah di negeri Terengganu.

Berikut adalah 10 Carian Google di Malaysia bagi bulan Semptember:

1. Kevin Morias (Misteri kehilangan DPP Anthony Kevin Morais menjadi tumpuan rakyat Malaysia)

2. API/Malaysia (Jerebu teruk yang melanda menjadikan bacaan IPU sebagai carian penting)

3. Bukan Isteri Sempurna (Drama lakonan Dazrin Kamarudin dan Atikah Suhaimie menerima sambutan baik penonton)

4. Google Logo History (Ramai tertarik untuk mengetahui sejarah penciptaan logo Google)

5. Perhimpunan Baju Merah (Perhimpunan ini menjadi fokus masyarakat terutama pada 16 September lalu)

6. EG Tukar (Guru-guru mula mencari kekosongan tempat untuk menukar lokasi sekolah mereka mengajar)

7. Polis EVO (Filem aksi komedi ini mencatatkan kutipan sebanyak RM8 juta dalam tempoh 11 hari ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei)

8. Niat Puasa Arafah (Rakyat Malaysia tidak ketinggalan mengambil peluang untuk menambah pahala dengan berpuasa pada hari Arafah)

9. BR1M 2015 (BRIM tetap jadi tumpuan rakyat Malaysia)

10. iOS 9 (Sistem operasi terbaharu Apple yang sentiasa mendapat perhatian)

Teks oleh: Khalid Rahman


Artikel Berkaitan