7 Ayat Sentap Peminat K-Pop Malas Nak Dengar

5 Oktober 2015. 8.56 AM
34,680
Hiburan
7 Ayat Sentap Peminat K-Pop Malas Nak Dengar

Memiliki bakat yang besar serta kemampuan untuk menyanyi dan menari secara ‘live’ merupakan antara salah satu sebab mengapa K-Pop semakin popular di seluruh dunia.

Begitu juga di Malaysia, sebut sahaja tentang kumpulan Bigbang, Bangtan Boys (BTS) mahupun EXO pasti Kpopers (gelaran peminat K-Pop) akan teruja.

Lebih-lebih lagi jika ada peminat baru yang bertanya mengenai bintang kesayangan mereka maka semakin rancaklah mereka berbual.

Jadi tidak hairanlah mengapa fenomena K-Pop semakin terus mendapat sambutan di Malaysia sehingga ada yang sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk  bertemu idola kesayangan mereka.

Tetapi, tahukah anda bahawa sebenarnya bukan mudah untuk menjadi seorang  Kpopers lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan ayat-ayat sentap yang sering dikeluarkan oleh rakan-rakan yang tidak memahami minat mereka.

Bahkan paling membosankan apabila ayat yang ditanya itu merupakan soalan tipikal yang membuatkan peminat K-Pop tak kuasa nak dengar ataupun jawab.

Di bawah ini Astro Gempak telah senarai 7 ayat sentap peminat K-Pop malas nak dengar:

1. Sebenarnya minat K-Pop bukan sebab lagu tapi sebab rupa kacak/cantik kan?


Tidak semua bintang K-Pop berjaya hanya kerana memiliki rupa paras yang kacak/cantik, sebagai bukti lihat sahaja kumpulan Bigbang dan 2NE1 yang bernaung di bawah YG Entertainment.

Dua kumpulan ini merupakan contoh terbaik di mana mereka juga dilabel sebagai kumpulan yang bakatnya melebihi dari rupa paras.

Terkenal sebagai artis yang membuat persembahan pentas bertaraf antarabangsa, Bigbang dan 2NE1 juga tidak mempunyai masalah untuk menyanyi secara live.

2. Tak payah nak minat sangatlah, artis K-Pop tu bukan original pun, buat 'plastic surgery' kan?



Rata-rata Kpopers sebenarnya sudah menyedari mengenai realiti pembedahan plastik di Korea terutamanya dari kalangan selebriti Korea.

Jadi bagi mereka tak perlulah untuk mengungkitkan kembali tentang hal tersebut.

Lagipun perkara itu seakan sudah menjadi kebiasaan orang di sana, betul tak?

3. Apa best sangat K-pop ni? Bukan korang faham pun bahasa dia nyanyi kan?



Muzik itu universal, rasanya tak salah jika ingin meminati kepelbagaian muzik di seluruh dunia. Sebagai contoh lagu Jepun popular berjudul 'Kiroro Mirai E' yang terkenal di Malaysia suatu ketika dulu.

Oh tidak dilupakan juga lagu 'Kun Anta' yang pernah menjadi viral baru-baru ini.

Apa yang penting ialah menghormati minat orang lain, sokong tak?

4. Macam mana nak bezakan penyanyi K-Pop ni? Muka lebih kurang sama je, tak ada beza pun.


Ini merupakan salah satu ayat yang sering diterima oleh peminat K-Pop, lagi-lagi jika ia melibatkan ahli kumpulan yang ramai sepertu EXO dan Super Junior.

Kadang-kadang sampai mereka sendiri pun jenuh nak jawab pertanyaan yang disampaikan oleh rakan-rakan mereka.

Namun itu bukanlah menjadi satu masalah kepada mereka, yang penting mereka sendiri kenal mana satu 'bias' mereka.

5. Eleh Korang beria minat K-Pop, sedangkan mereka bukan kenal korang pun. Membazir je.



Ha ini antara ayat yang sentap peminat K-Pop paling tak suka, mana taknya ia seakan-akan memperlekehkan minat mereka. Bukan apa, bagi mereka itu adalah kepuasan dan hak masing-masing untuk meminati idola kesayangan mereka.

Jangan tak tahu, ada sesetengah Kpopers sanggup terbang ke Korea semata-mata untuk menyaksikan konsert bintang kesayangan mereka di sana ya. Jadi jangan cuba-cuba usik mereka dengan ayat sebegini. (jangan marah ya peminat K-Pop).

6. Dah besar panjang pun minat K-Pop lagi? Tak ada life langsung.



Rasanya ayat begini tak haruslah diperkatakan kepada mereka kerana kebanyakan Kpoppers bukanlah mereka yang jenis suka duduk goyang kaki di rumah.

Malah ramai diantara mereka yang masih belajar dan bekerja.

Tak bermaksud mereka sentiasa dengan dunia K-Pop selama 24 jam tanpa henti. Sedangkan perenang negara kita Pandalela Renong pun minat Bigbang tau.

7. Motif minat penyanyi K-Pop? Muka jambu, mata sepet pulak tu. Baik minat KJ, tall, dark & hansome!



Ayat ini sering dikaitkan dengan peminat K-Pop lebih-lebih jika idola yang mereka minat itu memiliki tahap kacak ataupun cantik luar biasa seperti Siwon (Super Junior), Kai (EXO) dan Tiffany (SNSD).

Tak salah rasanya kalau peminat K-Pop ini mempunyai angan-angan untuk memiliki teman lelaki/wanita idaman berciri-cirikan idola mereka.

Sedangkan bila kita memilih makanan pun terpikat dengan cara hiasan yang cantik inikan pula manusia ye tak? Tapi tak semua Kpoppers mempunyai impian nak kahwin dnegan jejaka Korea kan?

Begitulah senarai pilihan Astro Gempak, rasanya pasti Kpoppers bersetuju dengan pilihan kami kan?

Teks Oleh: Mya Amri

 


Artikel Berkaitan


Komen