Uqasha Senrose Sedar Penonton Pertikai Kemampuannya di Media Sosial

5 Oktober 2015. 2.39 PM
7,569
Zon Lawak
Uqasha Senrose Sedar Penonton Pertikai Kemampuannya di Media Sosial

Pelakon Uqasha Senrose menyedari ramai pengguna media sosial mempersoalkan kredibilitinya yang  mampu bertahan sehingga di minggu keenam program Super Spontan All Stars.

Menurut Uqasha Senrose atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, sekiranya dia tidak disingkirkan para peminat tidak akan berhenti mempertikaikan kemampuannya untuk terus berada di atas pentas permainan secara improvasi itu.

“Memang saya perasan pengguna di media sosial mempersoalkan kredibiliti  Uqasha yang mampu bertahan sehingga di minggu keenam Super Spontan All Stars.

“Sekiranya saya terus dikekalkan, orang ramai akan pertikaikan mengapa Uqasha masih lagi berada di atas pentas spontan sedangkan mereka yang berkualiti pula yang tersingkir,” jawab Uqasha Senrose kepada Astro Gempak.

Jelas Uqasha lagi penyingkirannya telah pun diduga memandangkan dia merupakan satu-satu peserta wanita yang tinggal selepas Yasmin Hani dan Jihan Muse tersingkir dua minggu lalu.

“Rasanya memang saya layak dikeluarkan minggu berbanding pelawak- pelawak hebat yang berada di pentas Super Spontan All Stars.

“Tapi Alhamdulillah saya dah main secara n All Out tadi dan sangat berpuas hati walaupun tersingkir. Saya dah buat yang terbaik sehingga mampu bertahan di minggu keenam Super Spontan All Stars,” katanya lagi.

Dalam pada itu Uqasha akui sedikit terkejut apabila salah seorang ahli kumpulan #kungfuKipidap, Abam tersingkir di minggu keempat Super Spontan All Stars.

“Saya memang sangat terkejut apabila Abam disingkirkan sedangkan sejak dari minggu pertama lagi nama saya yang patut dikeluarkan sebab apabila diberi peluang untuk berkongsi pentas dengan ahli kumpulan #KungfuKipidap dan #SilatDongibab pun dah cukup gembira.

“Saya dapat kongsi pendapat dan ilmu tentang cara-cara permainan spontan dengan lebih bagus. Berada sehingga di minggu keenam merupakan satu kelebihan buat saya untuk terima banyak pengalaman baru dalam dunia komedi,” jelas Uqasha Senrose mengakhiri perbualan.

Penyingkiran Uqasha Senrose minggu lalu  menyaksikan #KungfuKipidap kini hanya tinggal empat peserta iaitu Tauke Jambu, Rahim R2, Shahrol Shiro dan Johan yang akan meneruskan perjuangan mereka pada minggu hadapan.

Super Spontan All Stars dihoskan oleh Datuk AC Mizal sementara Afdlin Shauki, Ray dan Haniff beraksi sebagai pengulas

Layari www.superspontanallstars.com.my untuk info lanjut. 

Teks Oleh: Khalid Rahman


Artikel Berkaitan


Komen