Aishwarya Rai Tipu Anak, Sorok Status Pekerjaan

5 Oktober 2015. 5.49 PM
24,118
Hiburan
Aishwarya Rai Tipu Anak, Sorok Status Pekerjaan

Biarpun sering membawa si kecil Aaradhya menjayakan penggambaran komersil di luar negara atau pun menghadiri Festival Filem Cannes, namun siapa sangka bahawa anak perempuan Aishwarya Rai tidak tahu menahu langsung bahawa ibunya adalah seorang aktres dan bintang ternama India. 

Ini adalah kerana Aishwarya Rai tidak pernah memberitahu pekerjaan sebenarnya kepada anaknya itu.  Malah, Aishwarya juga seringkali menipu anaknya setiap kali dia pergi kerja. 

“Saya seringkali menipu Aaradhya kononnya mahu ke pejabat. Sebelum ini pun jika kami menginap di hotel atau sedang bersiap sedia (untuk majlis rasmi,) saya tidak pernah berpisah dengan Aaradhya.

“Dia akan sentiasa bersama  saya sehingga saat-saat akhir saya keluar untuk menjalankan tugasan. Saya sangat bernasib baik kerana berpeluang untuk menghabiskan masa bersama dengan anak perempuan saya,” jelas Aisywarya Rai.

Jelas Aishwarya lagi, kemunculannya semula dalam dunia lakonan kerana mahu keluar dari zon selesa selepas bergelar seorang ibu.

“Saya selesa apabila Aaradhya sentiasa berada di sisi. Mungkin bagus juga ada sebab mengapa saya kembali aktif berlakon sekurang-kurangnya saya tidak akan menyepi  untuk sekian lama,” ujar Aishwarya Rai lagi.

Susunan Oleh: Khalid Rahman

Sumber: Miss Malini, Filmi Beat


Artikel Berkaitan


Komen