Putih & Comel Mohamed Faliq Persis Ibunya, Erin Malek

6 Oktober 2015. 12.01 AM
44,409
Hiburan
Putih & Comel Mohamed Faliq Persis Ibunya, Erin Malek

1 Oktober 2015 merupakan hari paling bermakna buat pasangan pelakon Erin Malek dan suaminya Mohamed Farriz apabila lahirnya cahaya mata pertama, Muhamed Faliq.

Berita gembira itu telah dikongsi oleh Erin menerusi akaun Instagramnya pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun di sebalik kegembiraan itu, Erin juga turut menyampaikan berita sedih di mana pasangan kembar Faliq tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia ketika berusia 16 minggu.

Perkara itu juga dijelaskan Erin menerusi kenyataan yang dibuat melalui Instagramnya @erinmalekofficial beberapa hari yang lalu.

Bagaimanapun, Erin dan suaminya bersyukur kerana diberi peluang untuk bertemu Faliq dan merasai nikmat bergelar ibu bapa.

Dalam pada itu, pelakon Eina Azman turut meluangkan masa untuk melawat Erin Malek dan bertemu Faliq.

Malah Erin Malek juga turut berkongsi beberapa foto terbaru Faliq yang sangat comel di Instagram.

Jom lihat foto-foto Faliq yang putih dan comel sama seperti ibunya di bawah:








Artikel Berkaitan


Komen