Dituduh Cacatkan Persembahan Bila #AF2015, Bob AF2 Mohon Maaf

6 Oktober 2015. 12.01 PM
31,219
Hiburan
Dituduh Cacatkan Persembahan Bila #AF2015, Bob AF2 Mohon Maaf

Penyanyi Bob AF2 teruk dikiritik serta dituduh kononnya dia sengaja mencacatkan persembahan pelajar #AF2015 Bila di konsert separuh akhir yang telah berlangsung pada Ahad lalu.

Bob yang juga merupakan bintang kelahiran Akademi Fantasia 2 itu ditugaskan untuk menjadi pasangan duet Bila dan menyampaikan lagu berjudul ‘Pening’ nyanyian asal Datuk M Daud Kilau bersama Ezlynn.

Namun segalanya tidak berjalan lancar seperti yang diharapkan apabila penyanyi senior itu terlupa lirik dan nyanyiannya juga tidak memuaskan.

Perkara itu telah mencetuskan kemarahan peminat Bila, lebih-lebih lagi bila lagu tersebut merupakan persembahan Bila untuk konsert separuh akhir #AF2015.



*Antara komen yang tidak berpuas hati dengan persembahan tersebut*

Disebabkan kejadian tersebut, peminat Bila juga meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pasangan duet Bila dan berpendapat sebagai seorang penyanyi yang pernah memasuki program realiti, Bob sepatutnya lebih peka bahawa kesilapan seperti itu tidak sepatutnya terjadi.

*Kenyataan mohon maaf yang ditulis oleh Bob menerusi ruangan komen di Instagram Akademi Fantasia*

Dalam pada itu, menyedari kesilapan yang dilakukan Bob atau nama sebenarnya Yusrizan Usop telah memohon maaf secara terbuka di ruangan komen Instagram official Akademi Fantasia semalam bersamaan dengan hari Isnin.

Di samping itu, Bob juga berharap dengan penjelasan tersebut, peminat Bila dapat memahami kejadian yang berlaku itu adalah tidak disengajakan.


Teks Oleh: Mya Amri


Artikel Berkaitan


Komen