Usia Terlalu Muda, Johnny Deep Risau Anak Jadi Model Fesyen

6 Oktober 2015. 2.33 PM
6,523
Hiburan
Usia Terlalu Muda, Johnny Deep Risau Anak Jadi Model  Fesyen

Aktor tampan, Johnny Depp meluahkan rasa gusar terhadap anak perempuannya, Lily-Rose Depp, 16,  yang serius  menceburi bidang fesyen sebagai seorang model.

Menurut aktor kelahiran Amerika Syarikat itu, Lily terlalu muda untuk mengejar impiannya bergelar seorang model ternama.

“Secara jujurnya, saya agak risau. Apa yang terjadi dengan Lily sekarang tidak seperti yang dijangkakan. Dia masih terlalu muda untuk karier seperti ini.

“Namun saya akur dengan kehendaknya dan pada waktu yang sama teruja dengan apa yang sedang dilakukannya itu,” jelas Johnny Depp kepada Gala Magazine.

Johnny Depp juga memberitahu bahawa dia  akan sentiasa memberikan sokongan penuh terhadap anak perempuannya itu.

“Dia tahu saya akan sentiasa berada di sisinya jika perlukan bantuan,” ujarnya lagi.

Sebelum ini Lily Rose telah diberi kepercayaan untuk menjayakan peragaan jenama Chanel selain tampil menawan sebagai salah seorang model majalah Vogue Paris untuk isu Oktober.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber: People, Huffington Post, US Magazine


Artikel Berkaitan


Komen