“Saya menyerah kalah.”

Kata-kata ini pasti diungkapkan oleh kebanyakan orang dalam keadaan terdesak pada suatu tahap dalam kehidupan.

Khairulnizam Afendy, 22 tahun, pemenang pingat emas Sukan SEA 2015 Kapal Layar Acara Laser Standard Berpasukan pernah mengulas frasa tersebut apabila beliau gagal untuk meraih kedudukan dalam pusingan kelayakan pertama pada Kejohanan Olimpik 2011.

Ayah Nizam menjawab, “Tidak apa Nizam, asalkan kita belajar untuk menerima kekalahan dan terus maju ke hadapan. Banyak kejayaan yang boleh kita raih di masa depan.” Kata-kata itu masih berdering di ingatannya sehingga hari ini.

Ayah Nizam mengubah persepsi beliau tentang menang dan kalah

Mohd Afendy, ayah Nizam tidak pernah memanjakan Nizam dan sentiasa memberi panduan agar beliau dapat memperbaiki prestasinya.

Mereka akan menonton video pertandingan yang disertai Nizam, mengkaji prestasi beliau dan membincangkan langkah seterusnya yang harus diambil untuk terus maju.

Kini, beliau menyedari bahawa kekalahan adalah pekara yang biasa yang boleh memberi pengajaran penting asalkan beliau mengkaji semula kegagalan yang dialami dan belajar dari kesilapan tersebut.

Dengan berbuat demikian, impian beliau akan tercapai dengan lebih cepat.

Jangan takut dengan persaingan

Nizam memenangi pingat emas pertama beliau dalam acara kapal layar antarabangsa, European Junior Competition 2009 yang berlangsung di Denmark ketika baru berusia 16 tahun. Dalam pertandingan peringkat antarabangsa tersebut beliau telah berdepan dengan pesaing yang rata-ratanya lebih hebat serta berpengalaman.

Malah, ada di antara mereka memiliki susuk tubuh yang lebih tegap berbanding beliau.

Namun, Nizam berjaya mengatasi perasaan takut sebelum memulakan setiap pertandingan dan memberikan usaha yang terbaiknya. Beliau menitiskan air mata kegembiraan saat lagu Negaraku dimainkan dan beliau berdiri megah di atas podium sambil menjulang pingat emas.

Memupuk semangat sejak kecil

Minat Nizam terhadap sukan kapal layar bermula semenjak beliau berusia 5 tahun, apabila ayah beliau mengajarnya bagaimana untuk belayar.

Sejak dari detik itu , beliau telah jatuh cinta dengan sukan kapal layar.

Kadang-kala, aktiviti sukan mungkin kelihatan menakutkan dan memakan masa yang panjang, yang menjadikan ibu bapa lebih suka mengalihkan tumpuan anak mereka kepada sesuatu yang dianggap lebih “selamat” atau tidak terlalu memakan masa.

Bagaimanapun, usaha untuk menerokai minat kanak-kanak akan mencetuskan keinginan mereka untuk mencuba dan belajar pelbagai ilmu.

Nizam akan menhargai pelayaran pertama bersama bapanya untuk selama-lamanya.

Kejayaan terbaru Nizam diraih melalui penyertaan beliau dalam Kejohanan Sukan SEA 2015 di Singapura di mana beliau memenangi pingat emas dalam Kapal Layar Acara Laser Standard Berpasukan.

Sertailah perbualan kami dan kongsikan kisah takkan gentar anda - #nevergiveup or #takkangentar.