Senarai 5 Filem Paling Trending Di Malaysia Untuk Bulan September

8 Oktober 2015. 3.31 PM
10,206
Filem
Senarai 5 Filem Paling Trending Di Malaysia Untuk Bulan September

Bulan September lalu menyaksi banyak filem-filem Blockbuster telah mula menerjah panggung, bersesuaian dengan cuti sekolah di mana waktu sebegitu digunakan ibu bapa untuk meluangkan masa dengan anak-anak.

Menerusi analisis dari Google Trends, berikut adalah senarai 5 filem paling trending di Malaysia pada waktu tersebut bagi melihat filem mana yang paling mendapat perhatian penonton.

Hasilnya adalah seperti berikut. Jumlah peratusan carian Google disertakan dalam kurungan

5) Hotel Transylvania 2 (9.17%)

Faktor cuti sekolah nampaknya membantu filem ini menjadi trending. Sebuah filem animasi 3D arahan Genndy Tartakovsky, Hotel Transylvania 2 adalah sekuel kepada filem Hotel Transylvania yang diterbitkan pada 2012. Mengisahkan Dracula yang mula berasa khuatir apabila melihat cucunya, Dennis yang masih belum menunjukkan ciri-ciri sebagai Pontianak sejati. Keadaan makin rumit apabila, Vlad bapa kepada Dracula muncul dan mengetahui keadaan di Transylvania tidak lagi seperti dahulu.

 

 

 

 

4) Attack On Titan (14.68%)

Sebuah filem adapatasi animasi dan manga terkenal Jepun, Shingeki no Kyojin. Filem ini pastinya menarik perhatian di Internet kerana peminat kepada siri ini mahu melihat sejauh mana kehebatan filem live action untuk dibandingkan dengan manga dan anime. Attack On Titan mengisahkan kembara tiga sahabat iaitu Eren, Mikasa dan Armin menentang gergasi misteri yang telah menyerang dan merosakkan bandar tempat tinggal mereka.

 

 

 

3) The Transporter Refueled (18.35%)

Merupakan sekuel ketiga kepada siri filem Transporter. The Transporter Refueled bagaimanapun menampilkan Ed Skrein sebagai Frank Martin, menggantikan pemegang watak sebelum ini iaitu Jason Statham. Populariti filem Transporter sebelum ini menyebabkan peminat tidak sabar menantikan aksi seterusnya dari Frank Martin. Namun ada yang kecewa kerana lakonan Ed Skrein dikhabarkan gagal menyaingi lakonan hebat Statham sebelum ini.

 

 

 

2) Maze Runner: The Scorch Trials (19.27%)

Juga dikenali sebagai The Maze Runner 2, filem kembara remaja ini kembali sebagai sekuel kepada filem pertama yang diterbitkan pada tahun 2014. Rata-rata peminat filem ini adalah dari golongan gadis-gadis muda yang ke panggung semata-mata ingin menyaksikan kekacakkan watak-watak utama filem ini seperti Thomas, Minho dan Newt.

 

 

 

 

 

1) Polis Evo (38.53%)

Filem Polis Evo bukan sahaja telah mendominasi carta dari segi kutipan tiket malah melalui analisis Google Trends, filem arahan Ghaz Abu Bakar ini turut berada di tangga teratas untuk filem paling trending. Populariti Polis Evo turut dibantu dengan sokongan penonton di laman sosial yang kebanyakannya memuji aksi dan jalan cerita filem ini. Aksi hebat dari gandingan dua watak utamanya lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak turut menarik perhatian. Filem Polis Evo juga adalah satu-satunya filem tempatan yang berada dalam senarai ini.

 

 

Begitulah senarai top 5 filem paling trending untuk bulan September. Anda semua sudah menonton Polis Evo? Jika belum marilah ramai-ramai kita ke panggung untuk menonton filem aksi ini.

 

 

 

 

 

 

 

Teks oleh Helmi Zainalabidin


Artikel Berkaitan


Komen