Kak Engku Kongsi 3 Tips Tentang Manfaat Buah Lemon

10 Oktober 2015. 8.00 AM
3,394
Gaya Hidup
Kak Engku Kongsi 3 Tips Tentang Manfaat Buah Lemon

Banyak manfaat yang boleh diperolehi menerusi lemon. Selain digunakan sebagai bahan dalam masakan atau pun membuat jus yang segar, buah kecil yang bewarna kuning ini mampu digunakan untuk merawat kesihatan serta kecantikan seseorang individu. Malah, ia juga mampu membantu seseorang untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

Namun, pengacara Primadona iaitu Raja Azura atau Kak Engku turut menggunakan buah lemon untuk tujuan lain iaitu mengatasi pelbagai kekotoran yang terdapat di rumah terutama di ruang dapur.

Bagaimanakah Kak Engku melakukannya? Baca artikel Astro Gempak ini selanjutnya dan ketahui 3 tip yang dikongsi Kak Engku tentang manfaat buah lemon yang perlu tahu:-

- Tips Kak Engku Bersihkan Papan Pemotong

Kadang kala kotoran degil yang melekat di papan pemotong amat sukar untuk ditanggalkan. Salah satu cara untuk menanggalkan kotoran tersebut adalah dengan menggunakan garam dan lemon. Taburkan garam di papan pemotong dan bahagikan lemon kepada 2 bahagian kemudian gosokkan lemon tersebut berulang kali sehingga kesan kotoran tersebut hilang.

- Tips Kak Engku Hilangkan Kesan Karat Stainless-steel

Dengan merendamkan sudu, garfu dan pisau stainless-steel ke dalam jus lemon, anda boleh menghilangkan kesan karat dan membuatkan barangan stainless-steel anda kembali bersinar seperti baru.

 - Tips Kak Engku Miliki Perabot Bersih dan Berkilat

Gilap perabot anda dengan campuran 1 cawan minyak zaitun dan setengah cawan jus lemon. Lap campuran ini ke atas perabot dan lihat ianya bersih berkilat semula! Pastikan kain lembut digunakan agar perabot tidak dicalar.

Untuk mengetahui pelbagai tip Kak Engku yang lain mengenai penjagaan barang-barang serta kebersihan rumah, dengarkan audio Lifehack podcast Kak Engku di laman web Astro Gempak, www. Astrogempak.com.my.

Jangan lupa menonton Sunlight Ops Dapur dan Menangi Hamper Bernilai RM150! Dengan hanya menonton Astro Prima dan Astro Maya HD, setiap minggu di Primadona, setiap Jumaat jam 7 malam.


Artikel Berkaitan


Komen